Saturday, February 7, 2009
Sebagai makluman, pelajar akan digugurkan taraf sebagai pelajar UiTM sekiranya gagal berbuat demikian:
1) Mendaftar kursus (atau/dan)
2) Membuat pembayaran pendaftaran
Bermula pada 10 Februari 2009 (Selasa), pelajar yang gagal melakukan salah satu atau kedua-dua perkara di atas, akan digugurkan taraf.
Berikut adalah senarai pelajar CS113 yang tidak mendaftar kursus:
1) Ahmad Najiy bin Mat Yusoff
2) Dayang Nor Hazida Sari bt Ahmad
3) Mohd Faizal bin Mat Zain
Ahmad Najiy dan Dayang Nor Hazida Sari pernah mengemukakan kepada saya borang menarik diri dari UiTM, tetapi Mohd Faizal Mat Zain masih belum bertemu saya dan beliau masih belum dapat saya hubungi. Barang siapa yang mempunyai phone no. beliau, sila beritahu saya secepat yang mungkin.
Berikut adalah senarai pelajar CS113 yang masih belum membuat pembayaran yuran pendaftaran:
1) Mohd Farizul Anuwar bin Arias
2) Muhammad Syafiq b Rodzli
3) Munirah bt Hambali
4) Nurul Nor Hasikin binti Mokhtar
Pelajar yang tersenarai, sila uruskan pembayaran pada hari Isnin ini, jika tidak, anda akan digugurkan taraf dan perlu membuat rayuan untuk mengaktifkan semula status pelajar GT
Senat 119 - 13 November 2008, telah meluluskan perkara tersebut berdasarkan syarat berikut:
a) Rayuan dibuat secara 'online' di student portal
b) Yuran pemprosesan dibayar di Bank Islam RM 50.00
c) Denda Pengaktifan semula RM50.00
Dasar pertimbangan:
a) Proses rayuan dilaksanakan secara lengkap oleh pelajar pada masa dan tempoh berdasarkan prosedur yang ditetapkan.
b) Jika proses rayuan dikemukakan di luar pada masa dan tempoh berdasarkan prosedur yang ditetapkan , maka pelajar dibenarkan meneruskan pengajian tetapi akan diberi Cuti Khas pada semester berkenaan.
Aktiviti Tarikh GT:
Tarikh Aktiviti
10 - 17 Feb 2009 Permohonan rayuan GT dibuat secara online, yuran proses perlu dibayar
20 Feb 2009 Mesyuarat rayuan Pembatal Gugur Taraf
25 Feb 2009 Keputusan Mesyuarat Rayuan Pembatalan Gugur Taraf
09 Mac 2009 Tarikh akhir bayaran berkaitan bagi pelajar Gugur Taraf
0 Comments:
Post a Comment