BARISAN KEPIMPINAN BARU Q-SCIENCES

Sunday, January 11, 2009

Tahniah diucapkan kepada para barisan kepimpinan tertinggi Q-Sciences baru. Bak kata pepatah Melayu, 'patah tumbuh hilang berganti'. Meneraju sesebuah organisasi bukanlah semudah orang katakan tetapi dengan adanya kerjasama berkumpulan dan kepimpinan yang berlandaskan keadilan, kasih sayang dan kebijaksanaan, maka akan mantaplah sesebuah organisasi.

Bagi barisan kepimpinan baru, kalian merupakan jaguh yang akan meneruskan dan meningkatkan lagi kualiti Q-SCIENCES di mata warga UITM kampus Perlis. Komitmen anda untuk menerajui Q-SCIENCES amat disanjung dan dipuji oleh warga Jabatan Sains Matematik dan Statistik. Berdoalah kita agar rahmat-Nya sentiasa bersama kita.

Bagi mantan barisan pengurusan Q-SCIENCES, terutamanya presiden Amer, jasa anda semua akan dikenang dan dijadikan ikon semangat selamanya. Diharap pengalaman kalian bersama Q-SCIENCES akan mematangkan dan menjadikan kalian lebih bijaksana dalam menempuhi ujian/rintangan/dugaan kehidupan harian.

Barisan Kepimpinan Tertinggi Q-SCIENCES yang baru:

Presiden
Ahmad Azrie Ahmad Bahari

Timbalan Presiden
Nur Hazwani Mohamad

Setiausaha
Farhani Mazlan

Bendahari
Nurfatin Afifa Ishak

Ahli-ahli jawatankuasa
Zakiah Mat Ail
Muhammad Abu Zam'ah Harun
Mohd Faizal Zulkifli
Muhammad Amir Abdul Halim
Ahmad Yamani
Azzren Izzati M. Alimi
Mohd Ikhwan Bahri Abdul Razak

0 Comments: