Saturday, December 27, 2008
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Selamat kembali ke medan menuntut ilmu diucapkan kepada para pelajar program CS113 dan semua pelajar amnya. Jadikan semester ini suatu lembaran baru dalam mempertingkatkan mutu kesarjanaan saudara saudari sekalian dalam lapangan ilmu yang dituntut. Hendaklah kita menuntut ilmu bukan kerana 'peluang pekerjaan' semata-mata tetapi tuntutlah ilmu kerana dengannya kita dapat memperdekatkan diri dengan Allah S.W.T dan seterusnya meningkatkan kualiti kehidupan kita sama ada dari aspek material atau pun kebaikkan diri.
Petang tadi kita dikejutkan dengan berita kemangkatan DYMM Almarhum Tuanku Ja'afar. Sama-sama kita sedekahkan surah Al-Fatihah kepada almarhum baginda. Dari-Nya kita datang dan kepada-Nya juga kita kembali.
Untuk pengetahuan para pelajar, pihak jabatan Sains Matematik dan Statistik dengan kerjasama akrab bersama Q-Sciences telah merangka beberapa aktiviti baru untuk para pelajar dalam memastikan kecemerlangan pelajar. Dengan ini, kami mengharap agar para pelajar menyertai sebarang aktiviti yang dianjurkan. Akhir kata, berdoalah kita kepada-Nya agar perjuangan dan usaha kita ini diberkati-Nya.

Mohamad Najib Mohamad Fadzil (B0-57)
Diana Sirmayunie Mohd Nasir (BK2-perpustakaan)
Penasihat Q-Sciences
0 Comments:
Post a Comment